new baby

Monday, January 19, 2009

Hiqmal Sakit


Hiqmal sakit ari ni. Dia tak dapat pergi sekolah.Panas sungguh badan dia.Kesian pulak aku tinggalkan dia kat rumah akak yang jaga dia tu.Tapi apa ley wat.aku tak dapat cuti.Br last week amik EL.Dia muntah-muntah start dari semalam .Pagi tadi da bangun macm biasa dan bersedia nak pergi sekolah.tapi aku larang sebab keadaan die yang sangat panas.
Balik t aku nak bawak dia pergi klinik.Tapi tadi aku da pesan kat akak yang jaga tu tuk kasi ubat.
Risau aku kat tempat kerja ni.rasa macam nak balik jerk.

Friday, January 16, 2009

Cuti raya cina

Raya cina ni aku dapat cuti 5 hari jerk?damn~!!aku br nak apply sampai 01.02.09 tapi sebab Hr aku kata ni bukan raya aku so x approve.cis...baru nak cuti panjang nak pg holiday...

aku geram..geram...tapi klu pkir2 bset gak sebab t kat opis x de org.cume tinggal 3 org so aku ley layan tenet dari pagi sampai ptg..
hahahhaha~~!!
tanduk kejahatan telah datang..hihi~~!!

Friday, January 9, 2009

mampukah kamu jadi bos?

Entah kenapa hari ni aku tergerak nak bercerita pasal bos.Selama aku da berkerja selama 7 tahun ni, pelbagai ragam bos yang aku jumpa.mungkin ini hanya segelintir jer.belom cukup khatam lagi la kan.



2001

Aku kerja di salah sebuah syarikat menjual penapis air.Ala-ala macam diamond tu tapi yang ni jenama company sendiri.Bos aku ni cina.Gemuk,tinggi, rambut kerinting dan muka banyak lubang2 jerawat.Dia ni agak peramah dan 'gatal'.Ada je point dia yang cakap dan setiap percakapan dia mesti ada double meaning.kadang-kadang tu memang malas nak pergi jumpa dia dalam bilik sebab takut ada hal yang tak diingini berlaku.Tapi sebenarnya dia ni mengatalkan diri pada salah seorang staff aku.kak nora.Umur dia sama ngan umo kakak aku tapi dari fizikal,style dan tingkahlaku memang tak nampak dia tua lebih 6 tahun dari aku.Bos aku ni suka kak nora sebab kak nora ni muka dia chinese look.so paham-paham je la kan...Walaupun dia ni peramah dan suka cakap-cakap ,gurau-gurau ngan staff tapi dia ni kalau naik angin, semua perkataan lucah dia akan keluarkan.kira ada nampak la baran dia ni.Dia tak pandai selesakan masalah.Semua masalah yang datang, dia akan tolak kasi staff2 dia yang dia rasa dapat selesaikan masalah tu.salah satunya aku.



2001-2004

Aku kerja kat sebuah branch company.HQ kat puchong KL.Big bos aku orang Germany.tapi aku tak pernah jumpa dia.aku under seorang branch manager yang bekerja dengan isteri sendiri.dalam opis tu cuma ada 4 orang iaitu bos aku,bini dia as admin, seorang sales exe dan aku sendiri.aku kerja kira agak lama lah.sebab bes tak banyak kerja.rilek jer.memandangkan aku ni bekerja dengan sepasang suami isteri, so semua hal rumah tangga dia aku kira tahu la sikit2.Lebih-lebih lagi tingkat atas opis adalah rumah dia.so kat opis tu jugaklah tempat anak-anak dia bermain.Kalau bregaduh tu, jangan cakaplah.kecoh opis dibuatnya.kadang-kadang ada gak rasa tak selesa sbb enviroment tu tak macam orang kerja pejabat tapi atlast aku dapat gak bertahan selama beberapa tahun.Bos aku ni jenis pendiam.jarang bercakap dengan aku.kalau ada hal mustahak je dia akan bercakap.kalau hal-hal remeh biasanya dia hanya sampaikan kat bini dia dan bini dia la yang cakap ngan aku.so kalau marah pun biasanya dia akan cakap ngan isteri dia dan isteri dia la yang marah aku balik.kelakar betul.

2004-2005
bos aku ni memang sempoi habis.aku kerja kat kilang yang dimana bos aku tu orang singaporean.Oleh kerana dia sempoi habis, so kalau dia marah pun..aduyai.tahan je la.maki hamun dengan ayat2 tak sepatutnya semua keluar.samalah macam bos aku yang pertama tu.tapi yang ni lebih dasyat.bos aku ni plak ada affair ngan HR aku.Bos aku chinese tapi HR aku tu melayu.bos aku tu da ada isteri kat sinngapore.umo dia pun masa tu da hampir 40 an.hubungan dorang tu tak nampak terang-terang.mula-mula aku dengar pun tak percaya sangat.ada gak gosip-gosip cakap dorang ni da ada anak 1 tahun.anak lelaki.mata sepet macam chinese tapi kulit hitam.aku tak pernah nampak tapi tu hanya dari kata-kata budak-budak opis jerk.tak hanya dengan itu, gosip tu pun diperkukuhkan lagi dengan gaji HR tu yang lebih tinggi dari orang-orang lain.gaji yang tinggi sehingga tak masuk di akal.boleh kata dekat cecah 5 angka (rmxx,xxx.xx) la jugak gaji dia tu.kereta pun besar.so tu yang buat aku semakin mempercayainya.sekarang ni, aku da benti kerja dari situ dan dapat tahu yang mereka da kawin.Bos aku da msuk islam dan berkahwin dengan dengan hr tu tapi isteri kat singapore tu masih lagi isteri dia dan dia tak tahu laki dia tu da kahwin kat sini.boleh ker?nmtah la.aku pun tak pasti.aku rasa macam tak boleh.masa aku terserempak dengan dia pun, dia tengah mengandung tapi aku tak tanya la sapa bapak anak tu.

2005-2006
bos aku kat tempat kerja ni pelik dan membencikan.dia ok.baik dan peramah tapi suka control orang.bayangkan dia sanggup follow sales exe aku dari opis dari keluar opis dan ikut semua gerakgeri.dia was-was dan percaya sales exe tu curi tulang.buat kerja lain kat luar.kalau dia kluar opis, mesti setengah jam sekali telepon opis dan tnya admin aku, adakah semua pekerja buat kerja.pelik kan?tapi rupa-rupanya dalam diam-diam dia balik rumah dan tidur.memang pernah kantoi sebab kadang-kadang kalau dia balik opis petang tu, matanya memang macam orang bangun tidur.dengan rambut kusut masai tak terurus.Pagi pagi plak dia akan check semua punch card untuk pastikan semua pekerja datang tepat pada masanya.tapi kalau korang nak tahu, dia punya punch card sendiri suruh pak guard aku punch kan.setiap pagi.konon2 dia kata dia datang opis pagi dan punch card dan keluar jumpa client.pelikkan ada bos macam ni...

2006-2007
bos aku yang ni lebih dasyant dari bos pertama mahupun yang ketiga.dia tak pernah langsung tapi setiap kali datang, dia akan maki orang.Dia singaporean dan dia anti orang melayu aku rasa.Dia hari-hari cakap orang melayu ni bodoh.Orang malaysia ni takada otak.aku sangat geram dan aku pernah gaduh dengan dia dan maki dia balik.aku memang cukup geram dengan dia sehinggakan aku maki hamun dia balik dengan kata-kata yang kesat.buduh betol orang tu.patutnya dia tak dibenarkan langsung masuk malaysia ni.Yang aku kesiankan orang2 vietnam kat kilang aku tu.aku pernah nampak dia ambil kasut dan lempang muka salah satu pekerja vietnam tu dengan kasut dia tu.sungguh kurang ajarkan?memang kurang ajar.sebenarnya company aku tu da banyak kali dilaporkan pada polis tapi aku tak pasti kenapa slalu terlepas sebab tak cukup bukti-bukti.ada juga yang terlepas sebab dia bagi rasuah kat polis-polis tu.sebabtu jugak la dia memandang enteng dan kutuk orang-orang malaysia ni.kaki rasuah banyak dan undang-undang tak ketat.aku memang tak lama kat sini sebab aku tak tahan dengan bos yang gila dan biol macam tu.tapi ada satu rahsia jugak....aku pernah calarkan kereta dia ngan mengunakan duit syiling.tak tahan punya pasal .hahhaha~~~padan muka dia.aku benti pun tnpa notis.aku cabut jer.tapi pernah satu kali aku terserempak dengan dia kat farmasi dalam giant.dia sorang dan nak beli ubat aku rasa.aku buat tak tahu jer tapi dia tegur aku.dan aku terus jerit mintak tolong sebab aku cakap dia cuba nak raba aku.hahh~~~jahatkan aku ni.orang-orang kat sana semua datang dan marah-marah dia.siap nak bawak pergi polis lagi.tapi aku cakap tak payah sebab aku cakap aku ni seorang rakyat malaysia yang baik hati dan tidak suka mengaibkan orang.aku cakap.."this time ...ok.but don't do it again next time.not every malaysian jahat..."dia pandang aku sinis jerk sebab geram agaknya.biarkan dia.puas hati aku.hahahah

2007-2009
ini tempat kerja aku sekarang.ada dua bos yang besar.kita cerita bos pertama.aku rasa dia sangat baik hati walau kadang-kadang ada jugak sakitkan hati aku.dia sungguh bersopan santun.cakap jarang-jarang nak marah-marah.tengok mood la jugak la kan.tapi kalau time dia baik tu, dia nampak baik sangat.mungkin dia rasa tu kilang dia so every problem yang come out, dia try to solve by himself.tapi dengan bantuan pekerja-pekerja dia la.dia akan cari jalan utk solve the problem.Bos aku ynag kedua tu..sangat peramah.kalau da masuk opis dia, nak nak 1 jam borak.kadang-kadang bukan pasal kerja tapi pasal hal-hal remeh temeh.dia suka bercerita.ada jer cerita yang dia nak cakap.walau dia peramah tapi dia garang.kalau da marah..marah betol2.tapi tak adalah maki-maki semua.tapi dia ni...kalau putih kata dia..mesti putih.kalau hitam kata dia...mesti nak kne hitam.sampai bos pertama aku ni kadang-kadang pun takut dengan dia.tapi satu yang aku tak suka pasal dia, kalau come out satu problem , dia bukan nak cari jalan solve tapi nak bising jer.bising plak tu berjam-jam.tapi penyelesaian takda.hampehh tol.bising tu satu hal tapi kalau kita tanya dia, dia suka salahkan orang lain dan melarikan diri dari masalh tu.macam bukan salah dia jerk.tu je yang aku tak suka pasal dia.

aku sendiri tak pasti samada aku mampu jadi bos ke tak.aku ni plak lembut hati.cepat kesiankan orang.takut nanti aku plak kene buli ngan pekerja.hahahah~~!!tapi kalau ada rezki, kita cubalah untuk memperbaiki kelemahan supaya dapat berjaya dalam hidup.tak gitu?orang kata senang jadi bos ni tapi kalau pikir2 balik...susah jugak tau.Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan?yang penting gak, susah nak pastikan comp yang kita bina tu berjaya dan maintain tanpa ada kerugian.aku salute pada usahawan-usahawan muda yang telah berjaya menempah nama.lebih-lebih lagi usahawan melayu.kagum sungguh aku.

ko plak nak jadi bos macam mana?

I'm back

huhuh...da lama aku tak update blog ni.memandangkan kerja yang memanjang jer ada dan sentiasa ada, mmg xda masa la nampaknya.Inipun aku sempat post sebab ngah tgu bang driver amik.macam biasa la kan...kene tunggu kat opis ni sorang-sorang.hampeh tol..
selain dari tu pun, sekarang ni aku memang tak ada inisiatif atau nafsu langsung nak update blog.buat masa ni aku lebih suka baca blog orang.semua blog aku geledah. *bukan maksud aku 100% semua blog ok*.macam-macam cerita boleh tahu.dari ke gosip artis, peperangan di GAZA, kehidupan seharian ataupun blog yang dicipta untuk mengutuk blog orang lain.haahha..tu memang kelakar.memang tak ada kerja.tapi dia punya pasal la kan.bukan susahkan aku pun.Tak ketinggalan aku nak ucapkan tahniah buat ms fynjamal diatas perubahan yang dilakukan.aku cukup kagum.*bilalah masa aku pulak yer?insyaALLAH*. Buat anna joe plak, semoga berjaya dengan permohonan yang dibuat.hihi
hari ni jugak, aku ada order cupcakes dari cik nana *opismate aku* yang memang ambil tempahan cakes secara part time.kagum betul aku kalau orang ada skill skill macam ni sebab aku bab-bab skill ni memang hancus.ngaku saja la kan..aku ni memang tangan tak ada seni langsung.susah betul nak ada skill.mungkin itu bukan bidang aku la kan..so biarkan aje.da ada orang nak buatkan, aku kuarkan duit je la order.Picture CC aku memang aku x sempat nak amik so klu uols nak tengok, sila masuk kat sini.