new baby

Thursday, October 29, 2009

nO tiTtle

Kepoyoan
Hendak tulis blog pun malas
itu yang bersarang blog aku ini.
2-3 weeks baru update sekali.
hihi.
Hari ini aku hendak update blog aku dengan ayat yang betul-betul punya ayat.
maksudnya ayat bahasa melayu ok.
tidak mahu ada shortform.
biar jelas dan terang apabila membacanya.
walau ada juga diselitkan bahasa penjajah (Inggeris).

Komputer
aku hendak mula cerita tentang komputer aku yang rosak 2 hari lepas.
jadi terpaksalah aku menggunakan komputer lama yang sememangnya bebal,lembap dan argghh~~
susah hendak diperkatakan.
memang tensi gila apabila menggunakannya.
komputer aku pula lagi 2-3 baru siap.
memang bertambah tensi kepala otak aku ini.

Kuching
Minggu hadapan aku ditugaskan untuk melawati suatu expo (suatu ke sebuah yer??lantaklah) diKuching Sarawak.
Aku dijangkakan akan bertolak dari Johor Bahru pada hari selasa bersamaan 3haribulan November 2009 bersama rakan setugasku, Puan Ponie.
Semua kelengkapan telah disiapkan.
Tempahan hotel juga.
Memandangkan kami hanyalah staff-staff biasa, jadi kami hanya dilayakkan untuk menginap di hotel 3/4 bintang sahaja.
Hotel yang telah ditempah adalah hotel "The Tree Lime".Macam kelakarkan nama hotel itu?Macam tidak ada nama lain yang hendak diletakkan.Biarkanlah sahaja.Asalkan tempat penginapan aku nanti selesa dan selamat.
Lawatan ke kuching ini akan aku update lagi setelah pulang dari sana.Almaklumlah...kurang informasi yang hendak dikongsi bersama.hihi~~

Wednesday, September 30, 2009

Marhaban oh marhaban

Marhaban 2009
Location : Taman Bukit Tiram, Johor
Date : 30.09.2009 @ 2100hrs
Suasana sebelum kedatangan para tetamu

Marhaban di rumah ibumertuaku...sebelah uma jerk~~



Marhaban di rumah ku....


amik gambaq sket~~











ehem2....Bang driver sibuk gak nak bergaya






Ni Birthday celebration for my mother in-law.Kita wat kat LC catering.

Kakak Ipa aku bersama ank2nya..

Upacara memotong cake oleh birthday girl~~



Sekian untuk paparan....
Xoxo
Mswinkwink~~







TAYANGAN PERDANA DI JAY BEE (FREE ADMISSION)

Sharing is caring....



Dipetik / dipinjam / dicuri dari Tokrimau
Jom gegar yokkk~~

Huru hara di Bumi

Disini saja aku nka share 1 email yg aku dpt last month.Da lama nak share tp asyik x sempat jerk....so check it out ~~

" Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......

ALLAH sahaja maha mengetahui.............

cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 CalendarIslamic
New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 20102011

CalendarIslamic
New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010R
amadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 20112012

CalendarIslamic
New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012 "

Sunday, September 27, 2009

ini la hariNyer~~

bermulanyer
lembaran
baru...
ari
ni
start
keje
balik.
bosan
sungguh....
kan
best
kan
duk
uma
jer
goyang
kaki...
pastu
pi
jln2
shopping...

huhuhu~~~

xoxo....
mswinkwink

Wednesday, September 16, 2009

Hari Raya Season

salam lebaran...
Ari ni aku last day keje....
Sepatutnyer esok aku last tp sbb aku mmg da di tahap kemalasan nak keje..
so aku amik cuti awal.
so total ari cuti aku....
10 ari....kuang..kuang..kuang...
KOnon2 nak pg check-up.
Tapi mmg nk pg check up pun.
aku x pnah2 lagi pg scan.
Yang aku tau preggy tu pun ...
psl amik pregnancy test ajer..
so ingatkan bleh la aku scan skali.
tgk keadaan dakcik n umu dier.
(tu kire umu ea?? lantak la.Asal kan yg dimaksudkan)
T klu scan t aku update lg k..
hihihi~~!!
Semua kelengkapan raya da disiapkan.
theme kitorg rini dark brown.
so keempat-4 insan ni..da tersiap sedia baju brown nyer.
kasut2, kuih2 raya, langsir,rumah..
alhamdulilah...sume da tersiap sedia endaknyer.
tak sabar nyer nka raya.
lagi2 mase dgr lagu raya.
Tak tau knapa ntah taun ni mcm xcited sket nak raya compare to last year.
sedangkan sumenyer same jer.
tetap nak balik kg...
tetap kene bagi wit raya...
tetap pkai baju raya...
tp tu la...x tau apsal ntah..
layan kan ajer...
yg penting aku mmg nak raya.
hahahah~~!
so di kesempatan ni...
aku mintak maaf dari hujung rambut sampai ujung kaki..
andai ada tersalah bahasa...
tersilap budi...
harap dimaafkan la yer...
..xoxo..
..hasg..

Tuesday, September 15, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Lembaran baru

fuy....lama betol x update blog ni.bkn sibuk apenyer...cume mcm mls btol.lebih-lebih lagi da ader facebook ni..*ehem-ehem*...mmg la sibuk men game jerk.Sebenarnyer da byk jugak benda berlaku sepanjang ketidak-aktifan aku memblogging ni cume aku tak tau nk start dr mana.

Perkara mengejutkan yang berlaku baru-baru ni...aku rase aku pregnant.huh~~!!pregnant?? tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang ni macam mana.

happy....takot...gementar...sedih...sume ade.bercampur baur.tapi kalau nak ikutkan, aku mmg excited sangat2.tapi ntahlah.mungkin happy sebab da lame tak rase jaga dakcik.takot sebab pun da lame tak jaga dakcik..ntah la.tapi disebalik bercampur-campur rasa ni, aku da pergi survey sume benda.barang2 dakcik, bersalin, persediaan,nama, sume la.Sedangkan aku ni baru 1 bulan lebih.hihi~~

Rasenyer awal bulan depan baru pg check doc.dapatkan confirmation dari seorang pakar.hahah~~!!

Persediaan raya pun da hampir selesai.walau puasa baru nak mula tapi kebanyakannyer da almost siap.cume sikit2 je nak touch-up.Seb bek gak rezki aku untuk beberapa bulan ni alhamdulillah...ade lebih sket.

erm...ape lagi nak cerita yer?? t la ...bila ader cerita terbaru, aku update lagi....

amigos
Mswinkwink*

Monday, January 19, 2009

Hiqmal Sakit


Hiqmal sakit ari ni. Dia tak dapat pergi sekolah.Panas sungguh badan dia.Kesian pulak aku tinggalkan dia kat rumah akak yang jaga dia tu.Tapi apa ley wat.aku tak dapat cuti.Br last week amik EL.Dia muntah-muntah start dari semalam .Pagi tadi da bangun macm biasa dan bersedia nak pergi sekolah.tapi aku larang sebab keadaan die yang sangat panas.
Balik t aku nak bawak dia pergi klinik.Tapi tadi aku da pesan kat akak yang jaga tu tuk kasi ubat.
Risau aku kat tempat kerja ni.rasa macam nak balik jerk.

Friday, January 16, 2009

Cuti raya cina

Raya cina ni aku dapat cuti 5 hari jerk?damn~!!aku br nak apply sampai 01.02.09 tapi sebab Hr aku kata ni bukan raya aku so x approve.cis...baru nak cuti panjang nak pg holiday...

aku geram..geram...tapi klu pkir2 bset gak sebab t kat opis x de org.cume tinggal 3 org so aku ley layan tenet dari pagi sampai ptg..
hahahhaha~~!!
tanduk kejahatan telah datang..hihi~~!!

Friday, January 9, 2009

mampukah kamu jadi bos?

Entah kenapa hari ni aku tergerak nak bercerita pasal bos.Selama aku da berkerja selama 7 tahun ni, pelbagai ragam bos yang aku jumpa.mungkin ini hanya segelintir jer.belom cukup khatam lagi la kan.



2001

Aku kerja di salah sebuah syarikat menjual penapis air.Ala-ala macam diamond tu tapi yang ni jenama company sendiri.Bos aku ni cina.Gemuk,tinggi, rambut kerinting dan muka banyak lubang2 jerawat.Dia ni agak peramah dan 'gatal'.Ada je point dia yang cakap dan setiap percakapan dia mesti ada double meaning.kadang-kadang tu memang malas nak pergi jumpa dia dalam bilik sebab takut ada hal yang tak diingini berlaku.Tapi sebenarnya dia ni mengatalkan diri pada salah seorang staff aku.kak nora.Umur dia sama ngan umo kakak aku tapi dari fizikal,style dan tingkahlaku memang tak nampak dia tua lebih 6 tahun dari aku.Bos aku ni suka kak nora sebab kak nora ni muka dia chinese look.so paham-paham je la kan...Walaupun dia ni peramah dan suka cakap-cakap ,gurau-gurau ngan staff tapi dia ni kalau naik angin, semua perkataan lucah dia akan keluarkan.kira ada nampak la baran dia ni.Dia tak pandai selesakan masalah.Semua masalah yang datang, dia akan tolak kasi staff2 dia yang dia rasa dapat selesaikan masalah tu.salah satunya aku.



2001-2004

Aku kerja kat sebuah branch company.HQ kat puchong KL.Big bos aku orang Germany.tapi aku tak pernah jumpa dia.aku under seorang branch manager yang bekerja dengan isteri sendiri.dalam opis tu cuma ada 4 orang iaitu bos aku,bini dia as admin, seorang sales exe dan aku sendiri.aku kerja kira agak lama lah.sebab bes tak banyak kerja.rilek jer.memandangkan aku ni bekerja dengan sepasang suami isteri, so semua hal rumah tangga dia aku kira tahu la sikit2.Lebih-lebih lagi tingkat atas opis adalah rumah dia.so kat opis tu jugaklah tempat anak-anak dia bermain.Kalau bregaduh tu, jangan cakaplah.kecoh opis dibuatnya.kadang-kadang ada gak rasa tak selesa sbb enviroment tu tak macam orang kerja pejabat tapi atlast aku dapat gak bertahan selama beberapa tahun.Bos aku ni jenis pendiam.jarang bercakap dengan aku.kalau ada hal mustahak je dia akan bercakap.kalau hal-hal remeh biasanya dia hanya sampaikan kat bini dia dan bini dia la yang cakap ngan aku.so kalau marah pun biasanya dia akan cakap ngan isteri dia dan isteri dia la yang marah aku balik.kelakar betul.

2004-2005
bos aku ni memang sempoi habis.aku kerja kat kilang yang dimana bos aku tu orang singaporean.Oleh kerana dia sempoi habis, so kalau dia marah pun..aduyai.tahan je la.maki hamun dengan ayat2 tak sepatutnya semua keluar.samalah macam bos aku yang pertama tu.tapi yang ni lebih dasyat.bos aku ni plak ada affair ngan HR aku.Bos aku chinese tapi HR aku tu melayu.bos aku tu da ada isteri kat sinngapore.umo dia pun masa tu da hampir 40 an.hubungan dorang tu tak nampak terang-terang.mula-mula aku dengar pun tak percaya sangat.ada gak gosip-gosip cakap dorang ni da ada anak 1 tahun.anak lelaki.mata sepet macam chinese tapi kulit hitam.aku tak pernah nampak tapi tu hanya dari kata-kata budak-budak opis jerk.tak hanya dengan itu, gosip tu pun diperkukuhkan lagi dengan gaji HR tu yang lebih tinggi dari orang-orang lain.gaji yang tinggi sehingga tak masuk di akal.boleh kata dekat cecah 5 angka (rmxx,xxx.xx) la jugak gaji dia tu.kereta pun besar.so tu yang buat aku semakin mempercayainya.sekarang ni, aku da benti kerja dari situ dan dapat tahu yang mereka da kawin.Bos aku da msuk islam dan berkahwin dengan dengan hr tu tapi isteri kat singapore tu masih lagi isteri dia dan dia tak tahu laki dia tu da kahwin kat sini.boleh ker?nmtah la.aku pun tak pasti.aku rasa macam tak boleh.masa aku terserempak dengan dia pun, dia tengah mengandung tapi aku tak tanya la sapa bapak anak tu.

2005-2006
bos aku kat tempat kerja ni pelik dan membencikan.dia ok.baik dan peramah tapi suka control orang.bayangkan dia sanggup follow sales exe aku dari opis dari keluar opis dan ikut semua gerakgeri.dia was-was dan percaya sales exe tu curi tulang.buat kerja lain kat luar.kalau dia kluar opis, mesti setengah jam sekali telepon opis dan tnya admin aku, adakah semua pekerja buat kerja.pelik kan?tapi rupa-rupanya dalam diam-diam dia balik rumah dan tidur.memang pernah kantoi sebab kadang-kadang kalau dia balik opis petang tu, matanya memang macam orang bangun tidur.dengan rambut kusut masai tak terurus.Pagi pagi plak dia akan check semua punch card untuk pastikan semua pekerja datang tepat pada masanya.tapi kalau korang nak tahu, dia punya punch card sendiri suruh pak guard aku punch kan.setiap pagi.konon2 dia kata dia datang opis pagi dan punch card dan keluar jumpa client.pelikkan ada bos macam ni...

2006-2007
bos aku yang ni lebih dasyant dari bos pertama mahupun yang ketiga.dia tak pernah langsung tapi setiap kali datang, dia akan maki orang.Dia singaporean dan dia anti orang melayu aku rasa.Dia hari-hari cakap orang melayu ni bodoh.Orang malaysia ni takada otak.aku sangat geram dan aku pernah gaduh dengan dia dan maki dia balik.aku memang cukup geram dengan dia sehinggakan aku maki hamun dia balik dengan kata-kata yang kesat.buduh betol orang tu.patutnya dia tak dibenarkan langsung masuk malaysia ni.Yang aku kesiankan orang2 vietnam kat kilang aku tu.aku pernah nampak dia ambil kasut dan lempang muka salah satu pekerja vietnam tu dengan kasut dia tu.sungguh kurang ajarkan?memang kurang ajar.sebenarnya company aku tu da banyak kali dilaporkan pada polis tapi aku tak pasti kenapa slalu terlepas sebab tak cukup bukti-bukti.ada juga yang terlepas sebab dia bagi rasuah kat polis-polis tu.sebabtu jugak la dia memandang enteng dan kutuk orang-orang malaysia ni.kaki rasuah banyak dan undang-undang tak ketat.aku memang tak lama kat sini sebab aku tak tahan dengan bos yang gila dan biol macam tu.tapi ada satu rahsia jugak....aku pernah calarkan kereta dia ngan mengunakan duit syiling.tak tahan punya pasal .hahhaha~~~padan muka dia.aku benti pun tnpa notis.aku cabut jer.tapi pernah satu kali aku terserempak dengan dia kat farmasi dalam giant.dia sorang dan nak beli ubat aku rasa.aku buat tak tahu jer tapi dia tegur aku.dan aku terus jerit mintak tolong sebab aku cakap dia cuba nak raba aku.hahh~~~jahatkan aku ni.orang-orang kat sana semua datang dan marah-marah dia.siap nak bawak pergi polis lagi.tapi aku cakap tak payah sebab aku cakap aku ni seorang rakyat malaysia yang baik hati dan tidak suka mengaibkan orang.aku cakap.."this time ...ok.but don't do it again next time.not every malaysian jahat..."dia pandang aku sinis jerk sebab geram agaknya.biarkan dia.puas hati aku.hahahah

2007-2009
ini tempat kerja aku sekarang.ada dua bos yang besar.kita cerita bos pertama.aku rasa dia sangat baik hati walau kadang-kadang ada jugak sakitkan hati aku.dia sungguh bersopan santun.cakap jarang-jarang nak marah-marah.tengok mood la jugak la kan.tapi kalau time dia baik tu, dia nampak baik sangat.mungkin dia rasa tu kilang dia so every problem yang come out, dia try to solve by himself.tapi dengan bantuan pekerja-pekerja dia la.dia akan cari jalan utk solve the problem.Bos aku ynag kedua tu..sangat peramah.kalau da masuk opis dia, nak nak 1 jam borak.kadang-kadang bukan pasal kerja tapi pasal hal-hal remeh temeh.dia suka bercerita.ada jer cerita yang dia nak cakap.walau dia peramah tapi dia garang.kalau da marah..marah betol2.tapi tak adalah maki-maki semua.tapi dia ni...kalau putih kata dia..mesti putih.kalau hitam kata dia...mesti nak kne hitam.sampai bos pertama aku ni kadang-kadang pun takut dengan dia.tapi satu yang aku tak suka pasal dia, kalau come out satu problem , dia bukan nak cari jalan solve tapi nak bising jer.bising plak tu berjam-jam.tapi penyelesaian takda.hampehh tol.bising tu satu hal tapi kalau kita tanya dia, dia suka salahkan orang lain dan melarikan diri dari masalh tu.macam bukan salah dia jerk.tu je yang aku tak suka pasal dia.

aku sendiri tak pasti samada aku mampu jadi bos ke tak.aku ni plak lembut hati.cepat kesiankan orang.takut nanti aku plak kene buli ngan pekerja.hahahah~~!!tapi kalau ada rezki, kita cubalah untuk memperbaiki kelemahan supaya dapat berjaya dalam hidup.tak gitu?orang kata senang jadi bos ni tapi kalau pikir2 balik...susah jugak tau.Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan?yang penting gak, susah nak pastikan comp yang kita bina tu berjaya dan maintain tanpa ada kerugian.aku salute pada usahawan-usahawan muda yang telah berjaya menempah nama.lebih-lebih lagi usahawan melayu.kagum sungguh aku.

ko plak nak jadi bos macam mana?

I'm back

huhuh...da lama aku tak update blog ni.memandangkan kerja yang memanjang jer ada dan sentiasa ada, mmg xda masa la nampaknya.Inipun aku sempat post sebab ngah tgu bang driver amik.macam biasa la kan...kene tunggu kat opis ni sorang-sorang.hampeh tol..
selain dari tu pun, sekarang ni aku memang tak ada inisiatif atau nafsu langsung nak update blog.buat masa ni aku lebih suka baca blog orang.semua blog aku geledah. *bukan maksud aku 100% semua blog ok*.macam-macam cerita boleh tahu.dari ke gosip artis, peperangan di GAZA, kehidupan seharian ataupun blog yang dicipta untuk mengutuk blog orang lain.haahha..tu memang kelakar.memang tak ada kerja.tapi dia punya pasal la kan.bukan susahkan aku pun.Tak ketinggalan aku nak ucapkan tahniah buat ms fynjamal diatas perubahan yang dilakukan.aku cukup kagum.*bilalah masa aku pulak yer?insyaALLAH*. Buat anna joe plak, semoga berjaya dengan permohonan yang dibuat.hihi
hari ni jugak, aku ada order cupcakes dari cik nana *opismate aku* yang memang ambil tempahan cakes secara part time.kagum betul aku kalau orang ada skill skill macam ni sebab aku bab-bab skill ni memang hancus.ngaku saja la kan..aku ni memang tangan tak ada seni langsung.susah betul nak ada skill.mungkin itu bukan bidang aku la kan..so biarkan aje.da ada orang nak buatkan, aku kuarkan duit je la order.Picture CC aku memang aku x sempat nak amik so klu uols nak tengok, sila masuk kat sini.