new baby

Thursday, October 29, 2009

nO tiTtle

Kepoyoan
Hendak tulis blog pun malas
itu yang bersarang blog aku ini.
2-3 weeks baru update sekali.
hihi.
Hari ini aku hendak update blog aku dengan ayat yang betul-betul punya ayat.
maksudnya ayat bahasa melayu ok.
tidak mahu ada shortform.
biar jelas dan terang apabila membacanya.
walau ada juga diselitkan bahasa penjajah (Inggeris).

Komputer
aku hendak mula cerita tentang komputer aku yang rosak 2 hari lepas.
jadi terpaksalah aku menggunakan komputer lama yang sememangnya bebal,lembap dan argghh~~
susah hendak diperkatakan.
memang tensi gila apabila menggunakannya.
komputer aku pula lagi 2-3 baru siap.
memang bertambah tensi kepala otak aku ini.

Kuching
Minggu hadapan aku ditugaskan untuk melawati suatu expo (suatu ke sebuah yer??lantaklah) diKuching Sarawak.
Aku dijangkakan akan bertolak dari Johor Bahru pada hari selasa bersamaan 3haribulan November 2009 bersama rakan setugasku, Puan Ponie.
Semua kelengkapan telah disiapkan.
Tempahan hotel juga.
Memandangkan kami hanyalah staff-staff biasa, jadi kami hanya dilayakkan untuk menginap di hotel 3/4 bintang sahaja.
Hotel yang telah ditempah adalah hotel "The Tree Lime".Macam kelakarkan nama hotel itu?Macam tidak ada nama lain yang hendak diletakkan.Biarkanlah sahaja.Asalkan tempat penginapan aku nanti selesa dan selamat.
Lawatan ke kuching ini akan aku update lagi setelah pulang dari sana.Almaklumlah...kurang informasi yang hendak dikongsi bersama.hihi~~

No comments: