new baby

Monday, January 19, 2009

Hiqmal Sakit


Hiqmal sakit ari ni. Dia tak dapat pergi sekolah.Panas sungguh badan dia.Kesian pulak aku tinggalkan dia kat rumah akak yang jaga dia tu.Tapi apa ley wat.aku tak dapat cuti.Br last week amik EL.Dia muntah-muntah start dari semalam .Pagi tadi da bangun macm biasa dan bersedia nak pergi sekolah.tapi aku larang sebab keadaan die yang sangat panas.
Balik t aku nak bawak dia pergi klinik.Tapi tadi aku da pesan kat akak yang jaga tu tuk kasi ubat.
Risau aku kat tempat kerja ni.rasa macam nak balik jerk.

Friday, January 16, 2009

Cuti raya cina

Raya cina ni aku dapat cuti 5 hari jerk?damn~!!aku br nak apply sampai 01.02.09 tapi sebab Hr aku kata ni bukan raya aku so x approve.cis...baru nak cuti panjang nak pg holiday...

aku geram..geram...tapi klu pkir2 bset gak sebab t kat opis x de org.cume tinggal 3 org so aku ley layan tenet dari pagi sampai ptg..
hahahhaha~~!!
tanduk kejahatan telah datang..hihi~~!!

Friday, January 9, 2009

mampukah kamu jadi bos?

Entah kenapa hari ni aku tergerak nak bercerita pasal bos.Selama aku da berkerja selama 7 tahun ni, pelbagai ragam bos yang aku jumpa.mungkin ini hanya segelintir jer.belom cukup khatam lagi la kan.



2001

Aku kerja di salah sebuah syarikat menjual penapis air.Ala-ala macam diamond tu tapi yang ni jenama company sendiri.Bos aku ni cina.Gemuk,tinggi, rambut kerinting dan muka banyak lubang2 jerawat.Dia ni agak peramah dan 'gatal'.Ada je point dia yang cakap dan setiap percakapan dia mesti ada double meaning.kadang-kadang tu memang malas nak pergi jumpa dia dalam bilik sebab takut ada hal yang tak diingini berlaku.Tapi sebenarnya dia ni mengatalkan diri pada salah seorang staff aku.kak nora.Umur dia sama ngan umo kakak aku tapi dari fizikal,style dan tingkahlaku memang tak nampak dia tua lebih 6 tahun dari aku.Bos aku ni suka kak nora sebab kak nora ni muka dia chinese look.so paham-paham je la kan...Walaupun dia ni peramah dan suka cakap-cakap ,gurau-gurau ngan staff tapi dia ni kalau naik angin, semua perkataan lucah dia akan keluarkan.kira ada nampak la baran dia ni.Dia tak pandai selesakan masalah.Semua masalah yang datang, dia akan tolak kasi staff2 dia yang dia rasa dapat selesaikan masalah tu.salah satunya aku.



2001-2004

Aku kerja kat sebuah branch company.HQ kat puchong KL.Big bos aku orang Germany.tapi aku tak pernah jumpa dia.aku under seorang branch manager yang bekerja dengan isteri sendiri.dalam opis tu cuma ada 4 orang iaitu bos aku,bini dia as admin, seorang sales exe dan aku sendiri.aku kerja kira agak lama lah.sebab bes tak banyak kerja.rilek jer.memandangkan aku ni bekerja dengan sepasang suami isteri, so semua hal rumah tangga dia aku kira tahu la sikit2.Lebih-lebih lagi tingkat atas opis adalah rumah dia.so kat opis tu jugaklah tempat anak-anak dia bermain.Kalau bregaduh tu, jangan cakaplah.kecoh opis dibuatnya.kadang-kadang ada gak rasa tak selesa sbb enviroment tu tak macam orang kerja pejabat tapi atlast aku dapat gak bertahan selama beberapa tahun.Bos aku ni jenis pendiam.jarang bercakap dengan aku.kalau ada hal mustahak je dia akan bercakap.kalau hal-hal remeh biasanya dia hanya sampaikan kat bini dia dan bini dia la yang cakap ngan aku.so kalau marah pun biasanya dia akan cakap ngan isteri dia dan isteri dia la yang marah aku balik.kelakar betul.

2004-2005
bos aku ni memang sempoi habis.aku kerja kat kilang yang dimana bos aku tu orang singaporean.Oleh kerana dia sempoi habis, so kalau dia marah pun..aduyai.tahan je la.maki hamun dengan ayat2 tak sepatutnya semua keluar.samalah macam bos aku yang pertama tu.tapi yang ni lebih dasyat.bos aku ni plak ada affair ngan HR aku.Bos aku chinese tapi HR aku tu melayu.bos aku tu da ada isteri kat sinngapore.umo dia pun masa tu da hampir 40 an.hubungan dorang tu tak nampak terang-terang.mula-mula aku dengar pun tak percaya sangat.ada gak gosip-gosip cakap dorang ni da ada anak 1 tahun.anak lelaki.mata sepet macam chinese tapi kulit hitam.aku tak pernah nampak tapi tu hanya dari kata-kata budak-budak opis jerk.tak hanya dengan itu, gosip tu pun diperkukuhkan lagi dengan gaji HR tu yang lebih tinggi dari orang-orang lain.gaji yang tinggi sehingga tak masuk di akal.boleh kata dekat cecah 5 angka (rmxx,xxx.xx) la jugak gaji dia tu.kereta pun besar.so tu yang buat aku semakin mempercayainya.sekarang ni, aku da benti kerja dari situ dan dapat tahu yang mereka da kawin.Bos aku da msuk islam dan berkahwin dengan dengan hr tu tapi isteri kat singapore tu masih lagi isteri dia dan dia tak tahu laki dia tu da kahwin kat sini.boleh ker?nmtah la.aku pun tak pasti.aku rasa macam tak boleh.masa aku terserempak dengan dia pun, dia tengah mengandung tapi aku tak tanya la sapa bapak anak tu.

2005-2006
bos aku kat tempat kerja ni pelik dan membencikan.dia ok.baik dan peramah tapi suka control orang.bayangkan dia sanggup follow sales exe aku dari opis dari keluar opis dan ikut semua gerakgeri.dia was-was dan percaya sales exe tu curi tulang.buat kerja lain kat luar.kalau dia kluar opis, mesti setengah jam sekali telepon opis dan tnya admin aku, adakah semua pekerja buat kerja.pelik kan?tapi rupa-rupanya dalam diam-diam dia balik rumah dan tidur.memang pernah kantoi sebab kadang-kadang kalau dia balik opis petang tu, matanya memang macam orang bangun tidur.dengan rambut kusut masai tak terurus.Pagi pagi plak dia akan check semua punch card untuk pastikan semua pekerja datang tepat pada masanya.tapi kalau korang nak tahu, dia punya punch card sendiri suruh pak guard aku punch kan.setiap pagi.konon2 dia kata dia datang opis pagi dan punch card dan keluar jumpa client.pelikkan ada bos macam ni...

2006-2007
bos aku yang ni lebih dasyant dari bos pertama mahupun yang ketiga.dia tak pernah langsung tapi setiap kali datang, dia akan maki orang.Dia singaporean dan dia anti orang melayu aku rasa.Dia hari-hari cakap orang melayu ni bodoh.Orang malaysia ni takada otak.aku sangat geram dan aku pernah gaduh dengan dia dan maki dia balik.aku memang cukup geram dengan dia sehinggakan aku maki hamun dia balik dengan kata-kata yang kesat.buduh betol orang tu.patutnya dia tak dibenarkan langsung masuk malaysia ni.Yang aku kesiankan orang2 vietnam kat kilang aku tu.aku pernah nampak dia ambil kasut dan lempang muka salah satu pekerja vietnam tu dengan kasut dia tu.sungguh kurang ajarkan?memang kurang ajar.sebenarnya company aku tu da banyak kali dilaporkan pada polis tapi aku tak pasti kenapa slalu terlepas sebab tak cukup bukti-bukti.ada juga yang terlepas sebab dia bagi rasuah kat polis-polis tu.sebabtu jugak la dia memandang enteng dan kutuk orang-orang malaysia ni.kaki rasuah banyak dan undang-undang tak ketat.aku memang tak lama kat sini sebab aku tak tahan dengan bos yang gila dan biol macam tu.tapi ada satu rahsia jugak....aku pernah calarkan kereta dia ngan mengunakan duit syiling.tak tahan punya pasal .hahhaha~~~padan muka dia.aku benti pun tnpa notis.aku cabut jer.tapi pernah satu kali aku terserempak dengan dia kat farmasi dalam giant.dia sorang dan nak beli ubat aku rasa.aku buat tak tahu jer tapi dia tegur aku.dan aku terus jerit mintak tolong sebab aku cakap dia cuba nak raba aku.hahh~~~jahatkan aku ni.orang-orang kat sana semua datang dan marah-marah dia.siap nak bawak pergi polis lagi.tapi aku cakap tak payah sebab aku cakap aku ni seorang rakyat malaysia yang baik hati dan tidak suka mengaibkan orang.aku cakap.."this time ...ok.but don't do it again next time.not every malaysian jahat..."dia pandang aku sinis jerk sebab geram agaknya.biarkan dia.puas hati aku.hahahah

2007-2009
ini tempat kerja aku sekarang.ada dua bos yang besar.kita cerita bos pertama.aku rasa dia sangat baik hati walau kadang-kadang ada jugak sakitkan hati aku.dia sungguh bersopan santun.cakap jarang-jarang nak marah-marah.tengok mood la jugak la kan.tapi kalau time dia baik tu, dia nampak baik sangat.mungkin dia rasa tu kilang dia so every problem yang come out, dia try to solve by himself.tapi dengan bantuan pekerja-pekerja dia la.dia akan cari jalan utk solve the problem.Bos aku ynag kedua tu..sangat peramah.kalau da masuk opis dia, nak nak 1 jam borak.kadang-kadang bukan pasal kerja tapi pasal hal-hal remeh temeh.dia suka bercerita.ada jer cerita yang dia nak cakap.walau dia peramah tapi dia garang.kalau da marah..marah betol2.tapi tak adalah maki-maki semua.tapi dia ni...kalau putih kata dia..mesti putih.kalau hitam kata dia...mesti nak kne hitam.sampai bos pertama aku ni kadang-kadang pun takut dengan dia.tapi satu yang aku tak suka pasal dia, kalau come out satu problem , dia bukan nak cari jalan solve tapi nak bising jer.bising plak tu berjam-jam.tapi penyelesaian takda.hampehh tol.bising tu satu hal tapi kalau kita tanya dia, dia suka salahkan orang lain dan melarikan diri dari masalh tu.macam bukan salah dia jerk.tu je yang aku tak suka pasal dia.

aku sendiri tak pasti samada aku mampu jadi bos ke tak.aku ni plak lembut hati.cepat kesiankan orang.takut nanti aku plak kene buli ngan pekerja.hahahah~~!!tapi kalau ada rezki, kita cubalah untuk memperbaiki kelemahan supaya dapat berjaya dalam hidup.tak gitu?orang kata senang jadi bos ni tapi kalau pikir2 balik...susah jugak tau.Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan?yang penting gak, susah nak pastikan comp yang kita bina tu berjaya dan maintain tanpa ada kerugian.aku salute pada usahawan-usahawan muda yang telah berjaya menempah nama.lebih-lebih lagi usahawan melayu.kagum sungguh aku.

ko plak nak jadi bos macam mana?

I'm back

huhuh...da lama aku tak update blog ni.memandangkan kerja yang memanjang jer ada dan sentiasa ada, mmg xda masa la nampaknya.Inipun aku sempat post sebab ngah tgu bang driver amik.macam biasa la kan...kene tunggu kat opis ni sorang-sorang.hampeh tol..
selain dari tu pun, sekarang ni aku memang tak ada inisiatif atau nafsu langsung nak update blog.buat masa ni aku lebih suka baca blog orang.semua blog aku geledah. *bukan maksud aku 100% semua blog ok*.macam-macam cerita boleh tahu.dari ke gosip artis, peperangan di GAZA, kehidupan seharian ataupun blog yang dicipta untuk mengutuk blog orang lain.haahha..tu memang kelakar.memang tak ada kerja.tapi dia punya pasal la kan.bukan susahkan aku pun.Tak ketinggalan aku nak ucapkan tahniah buat ms fynjamal diatas perubahan yang dilakukan.aku cukup kagum.*bilalah masa aku pulak yer?insyaALLAH*. Buat anna joe plak, semoga berjaya dengan permohonan yang dibuat.hihi
hari ni jugak, aku ada order cupcakes dari cik nana *opismate aku* yang memang ambil tempahan cakes secara part time.kagum betul aku kalau orang ada skill skill macam ni sebab aku bab-bab skill ni memang hancus.ngaku saja la kan..aku ni memang tangan tak ada seni langsung.susah betul nak ada skill.mungkin itu bukan bidang aku la kan..so biarkan aje.da ada orang nak buatkan, aku kuarkan duit je la order.Picture CC aku memang aku x sempat nak amik so klu uols nak tengok, sila masuk kat sini.

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah

Apa azam aku tahun baru ni....banyak...terlalu banyak.banyak sangat yang perlu dilakukan utk mencapai target aku....cuma tak tahu samada boleh ke aku tunaikan dengan jayanya?....insyaALLAH.....Dimana ada kemahuan di situ ada jalan....

Cuti

huh...cuti yang panjang.

Ari khamis aku cuti hari Natal.Aku cume temankan bang driver pergi beli belah di shopping complex.DA lama rasenya tak berjalan shopping ngan bang driver.salalu pun kuar pergi makan jerk.ni dapat temankan die pergi bershopping...amat la seronok.Da hampir tamat megasale baru dia nak berbelanja.sempat gak die beli bag,belt dan beberapa helai baju.begitu ramai la orang-orang di jalan raya.semua jalan jammed + ssh cari parking.hapir setengah jam jugak kitorg tgu @ cari parking then baru la dapat tempat.Balik pun dalam 11 mlm gitu.

Jumaat aku jatuh sakit.Demam flu + batuk yang amat teruk.da lama aku rasa tak kene sakit.baru ni kene sakit.ni semua pun aku rase berpunca dari virus yang yang disebarkan oleh bang driver.tapi dia sakit ari tu taklah teruk sangat.cuma selsema 1 hari dan 1 hari batuk2.pastu terus baik.dan menjadi mangsa kepada virus tu ialah aku.lepas bang driver anta aku e rumah ibunda, aku lepak tido jerk.tak larat nak bangun.kebetulan rumah mmg takde orang.ibunda kerja malam tu dan trus tak balik.dia singgah rumah mummy kat chua chu kang.tido sana agaknya.my sis plak balik umah mak mertua dia kat ayer baloi.da 3 ari da.dia bawak sekali herllysa.tu yang aku tinggal berdua jer ngan hiqmal.rumah xde orang.Budak opis ade gak telepon.serba salah aku.takot2 akan dikata ambil kesempatan sbb nak cuti panjang.tapi aku ada gak suwu bang driver pergi opis aku amik medical chip.ingatkan nak pergi kinik malam tu.atleast dapat gak mc.klu tak pun surat kinik pun cukup la utk pengesahan sakitku ini..hihihi~~!!

Sabtu ada jemputan kawin kat depan rumah.Anak cikgu mat, boy.nama betul dia aku mmg tak tahu sangat sbb mmg biasa panggil boy jerkk.walaupun kitorg ni da berjiran dari tahun 1991 lagi tapi aku mmg tak berapa rapat dengan keluarga tu.aku tak tahu knapa.mungkin sbb kuarga die mmg tak bergaul dengan orang.amatla sombong , angkuh dan bongkak rasenya.mungkin disebabkan bapaknya seorang guru jadi kerek skit la attitude dier.Tema perkahwinan dorg kaler purple.singguh ringkas sekali.takde rewang sbb dia pakai catering.so kitorg datang sebagai tetamu makan saja.takde pertolongan yang dihulurkan.mungkin itu juga tidak diperlukan sbb mmg xde kerja pape nak buat.Persandingan yang cukup ringkas kerana ini dipihak lelaki.adiknya bob pun baru jumpa dari sekian lama tak nampak batang hidung.da kurus da dia.hensem lagi sambil memegang camera dslr.wahhh...bersama-sama gf die rupanya.manis kecil molek dilengkapi dengan tudung yang sungguh anggun.secocok mmg dorang berdua ni.Walaupun kami taklah seakrab mana, tapi boy ni ada jugak memperkenalkan isterinya kepada kami jiran2 nya.huhuhu~~!!

Ahad aku tak kemana.Disebelah pagi cuma menonton tv.sume cerita mawi & ekin.Perkahwinan terhebat sepanjang tahun 2008.i think so.sbb mendapat liputan luas dari media2.tapi persandingannya di felda taib andak aku mmg tak berapa tgk sangat sbb aku tgk cerita transformer.cerita tu lagi best aku rase dari tgk org kawin..hihi~~!!lepas abes cerita transformer, ban driver ajak aku pergi giant tuk beli barang dapur.kitorg gerak pun da dlm pkul 6.30pm.lepas penat bershopping, kitorg trus balik dalam pkul 9.00pm.

Isnin......bang driver keje ari ni.tak tahu kenapa comp die tak amik cuti plk.pagi2 tadi bang driver da anta aku ke rumah ibunda.pagi tadi ujan lebat.rase malas btol nak bgun.tapi memandangkan nanti klu ditinggalkan aku diruymah, mesti aku kebosanan.so aku pun terpaksa la membangunkan diriku utk ikut bang driver.Sampai rumah ibunda, suma blom bangun.Almaklumnlah, baru pkul 8.30am.mungkin masih lena diulik mimpi2 indah dipagi yang sejuk lagi nyaman.aku rase macam nak sambung tido jerk.tapi...arhhh....malas plk.Ari ni aku rase tak kemana.mungkin dirumah ibunda sahaja.ptg nanti baru bang driver amik.

ESok mesti kembali ke alam pekerjaan.Setelah sedap cuti panjang.huh....tarik nafas panjang aku....hidup mesti diteruskan......

Tuesday, December 23, 2008

benci nya aku

Hari ni ada jamuan2 makan kat opis aku + budak2 production sempena esok cut sambut krismas.Makanan yabng meyelerakan...aduh....mmg nampk sedap.Tapi bila lonceng berbunyi, sume org da beratur panjang.At last aku tak dapat mkn.nasi kehabisan.yang tinggal cume mee goreng dan lauk pauk.memandangkan mee tu nampak sungguh tak menyelerakan, maka aku hanya makan lauk pauk saja.Cukup la sekadar ayam goreng 2 ketul, ayam rendang 1 ketul, udang dalam 5 ekor dan sesudu sayur .Tu la akibatnya melambat-lambatkan makan.konon2 tak pg cepat2 sbb takut orang cakap gelojoh tapi kesudahannya, dapat makan lauk jer.,,huhuhu kesian eh lo.......

tapi yang menjadi kebencian aku sekarang ni bukan disebabkan makanan yang kehabisan dimana aku masih dalam kekacauan perut yang masih lapar tapi disebabkan budak opis aku yang cukup kuang ajok.Ada ke patut dorg ni bawak masuk makanan yang tak diingini dalam opis ni.Hormat la aku n da geng ni sket orang islam...aduhh...

amarah yang cukup mendalam.Dia boleh plk bawak sanwich babi kat sini.letak atas meja plk tu.klu nak makan pun, trus la makan.NI tak.Letak je terbiar makanan tu kat situ.Da satu opis berbau benda alah haram tu...

benci...benci....aku benci kamu....

Puas hati aku

Au benci.Aku benci cara ko.Xde bahasa yang lebih baik yang ko boleh cakapkan?Cakap seolah-olah bagai orang tiada tatasusila.....

Owhh..aku lupa.ko bukan melayu.Tapi bukan agamamu,peradabanmu juga mengajar ko utk bercakap dengan orang ada tapisnya?Ada batasnya?Ko ingat ko da cukup baik utk bercakap dengan aku macam tu?Ko ingat ko da terlalu bagus untuk bercakap dengan aku begitu?Begitu kah cara kelakuanmu wahai manusia kafir....

Owwwhhh..aku lupa.Bukan setakat itu sahaja .Ko juga pandai mengata orang.Ko juga pandai mecari kesalahan orang.Ko juga pandai merungut tentang cara orang lain .Cakap yang seolah-olah ko begitu sempurna di muka bumi ini.Cakap seolah olah hanya ko saje yang betul.Betul ke ko?Tak pernah salah ke ko?

Ooowwhh..aku lupa.Ko juga akan salahkan orang lain jika ada kesalahan berlaku.Ko akan ingat setiap kesalahan yang ko buat ada orag lain menjadi puncanya.Ko enteng menuding jari kearah orang-orang yang ko rase ko boleh buli.ko boleh pijak.ko boleh aniaya.Aniaya seorang yang naif.Seorang yang tahu dan sedar akan kedudukannya.Seorang yang tidak pandai mempertahankan dirinya.Seorang yang lemah.

ah ah ah....aku bukan orangnya.Ko silap mengenai aku.Aku tak selemah yang ko sangka.Aku tak sebaik yang ko rase.Terkejut dengan tindak tanduk aku?Marah dengan tindakbalas yang aku lemparkan?hahahhahahha~~!!SEsungguhnya ko mmg tak dapat terima setiap pendebatan yang aku debatkan.Tindakanku lansung tak pernah ko sangkakan bukan?SEorang perempuan yang ko sangka pendiam ini telah berani menjawab setiap tohmahan ko.Tentu ko terkejut,marah,sakit hati.

Biarkan.biarkan.Aku mahu ko juga rasa sebagaimana ko lakukan kepada orang lain.Aku mahu ko rase rase bagaimana perasaan marah itu timbul.Aku bukan tempat untuk dipersendakan.Ko paham wahai manusia jahil....

Patah Hati

herm....henpon aku xde bateri.Btol2 ka flat.kong abes.kebetulan charger plk, anak aku herllysa bawak balik kg.Dia ikut my sisi balik uma mak mertua die kat pontian.so anak aku ikut dier.then die bawak seklai charger sbb charger henpon dier da rosak dikerjakan sepupu2 yang sungguh comel itu.Aduuhh...yang masalahnya aku la.Aku jugak yang tak dapat charge henpon.Alamat tu jugaklah tiada bunyi telepon akan kedengaran selama 4 hari.My sis balik jb dalam ari jumaat.So nak ke tak nak terpaksa tgu dier balik ari jumat ni.

huhuhuhu

Saturday, December 20, 2008

Setelah berminggu-minggu aku da tak bukak ym, terbukak plak ati aku nak bukak ym.Ingin sekali aku nak bertanya khabar rakan-rakan yang dah lama tak berbual mesra.Bukan sengaja aku tak nak bkk tapi masalah pc office aku yang biol..

ohhwww..damn..


mmg btol-btol biol.Mungkin da dijangkiti hidden virus tanpa disedari walau pc aku sememangnya tersedia anti-virus.Rase nak dicampak aja pc aku ni tapi memandangkan hakmilik terpelihara oleh majikan, aku singkirkan niat murni aku tu.murni ker?hiihi~~. Dah diusulkan untuk ditukar yang baru tapi malangnya, usulku harus ditunda kerana ekonomi yang tak baik sekarang.Terpaksa la berdepan masalah ni sementara waktu.


Setelah beberapa minit menunggu BUZZ dari rakan-rakan yahoo, ramai juga yang menyapa bertanya khabar.Yang tak kenal pun ada jugak.ishhhkk...geram.Da berapa lama kat dalam list tapi masih tak tahu siapa gerangannya?aku tak salahkan jugak.Mungkin da terlalu lama disimpanan list sehingga telupa. Aku pun ada juga yang telupa..hihihi~~~


Seorang kenalan lama menyapa.rakan yang dulunya terlalu akrab berbicara soal duniawi.Wahh..sungguh teruja.Sudah agak lama menghilangkan diri rupanya aku..ehh..aku ker?Dia sebenarnya.Sejak berkahwin, jarang sekali membuka ym.Mungkin kerana status barunya menghalang dari berpoya-poya di Alam maya lagi.Terlalu sibuk menguruskan alam rumahtangga.Melayari kehidupan baru sebagai seoran isteri.Tahu2 dier kini sudah dianugerah Illahi bayi yang comel.Sudah semestinya comel.Ibunya berwajah manis, putih gebu tambahan lagi dicampurkan dengan baka seorang bapa yan kacak, tidak hairanlah jika bayi juga akan secomel pasangan bahagia itu.Dia masih dalam pantang.Selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 3.85kg.wah...Sungguh sihat.Anak-anak aku pun paling kurang tidak lebih 3.5kg.hihi~~~Selamat melahirkan pada 19 NOV 2008.Aku tumpang gembira dengan kelahiran putera barunya itu.Dia ada mentioned nama puteranya tapi memandangkan nama-nama anak zaman sekarang memamg panjang-panjang belaka ditambah pula dengan aku yang mudah pelupa, jadi aku da tak ingat nama anaknya.Tapi yang pasti nama nya sungguh cantik.

Bayi comel.Kenapa aku sekarang begitu sensitif kepada bayi.Mungkin sudah bersedia untuk menambah seorang lagi permata hati.Memandangkan Hiqmal juga sudah menjangkau 6 tahun.Aku rase sudah tiba masanya untuk Hiqmal & Herllysa mendapat adik baru.Tapi bila ditanya kepada supplier, katanya masa belum tiba.Terlalu banyak tangungan yang perlu dipikul.Yang belum diselesaikan.Tapi aku percaya pada rezki,Tapi tak tahu kenapa tidak pada dia.Si supplier aka bang driver.Aku berserah.Jika kiranya tuhan kurniakan orang baru hadir dalam keluarga kami, aku bersyukur.Tapi klu tak ada pun tidak mengapa.Aku setia menunggu.

Kepada Lin, aku ucapkan tahniah kepada kamu.Moga-moga kamu bertambah bahagia dengan kedatangan orang baru dikeluarga yang semestinya sudah bahagia dari awal perkenalan.Amin...