new baby

Sunday, December 28, 2008

Cuti

huh...cuti yang panjang.

Ari khamis aku cuti hari Natal.Aku cume temankan bang driver pergi beli belah di shopping complex.DA lama rasenya tak berjalan shopping ngan bang driver.salalu pun kuar pergi makan jerk.ni dapat temankan die pergi bershopping...amat la seronok.Da hampir tamat megasale baru dia nak berbelanja.sempat gak die beli bag,belt dan beberapa helai baju.begitu ramai la orang-orang di jalan raya.semua jalan jammed + ssh cari parking.hapir setengah jam jugak kitorg tgu @ cari parking then baru la dapat tempat.Balik pun dalam 11 mlm gitu.

Jumaat aku jatuh sakit.Demam flu + batuk yang amat teruk.da lama aku rasa tak kene sakit.baru ni kene sakit.ni semua pun aku rase berpunca dari virus yang yang disebarkan oleh bang driver.tapi dia sakit ari tu taklah teruk sangat.cuma selsema 1 hari dan 1 hari batuk2.pastu terus baik.dan menjadi mangsa kepada virus tu ialah aku.lepas bang driver anta aku e rumah ibunda, aku lepak tido jerk.tak larat nak bangun.kebetulan rumah mmg takde orang.ibunda kerja malam tu dan trus tak balik.dia singgah rumah mummy kat chua chu kang.tido sana agaknya.my sis plak balik umah mak mertua dia kat ayer baloi.da 3 ari da.dia bawak sekali herllysa.tu yang aku tinggal berdua jer ngan hiqmal.rumah xde orang.Budak opis ade gak telepon.serba salah aku.takot2 akan dikata ambil kesempatan sbb nak cuti panjang.tapi aku ada gak suwu bang driver pergi opis aku amik medical chip.ingatkan nak pergi kinik malam tu.atleast dapat gak mc.klu tak pun surat kinik pun cukup la utk pengesahan sakitku ini..hihihi~~!!

Sabtu ada jemputan kawin kat depan rumah.Anak cikgu mat, boy.nama betul dia aku mmg tak tahu sangat sbb mmg biasa panggil boy jerkk.walaupun kitorg ni da berjiran dari tahun 1991 lagi tapi aku mmg tak berapa rapat dengan keluarga tu.aku tak tahu knapa.mungkin sbb kuarga die mmg tak bergaul dengan orang.amatla sombong , angkuh dan bongkak rasenya.mungkin disebabkan bapaknya seorang guru jadi kerek skit la attitude dier.Tema perkahwinan dorg kaler purple.singguh ringkas sekali.takde rewang sbb dia pakai catering.so kitorg datang sebagai tetamu makan saja.takde pertolongan yang dihulurkan.mungkin itu juga tidak diperlukan sbb mmg xde kerja pape nak buat.Persandingan yang cukup ringkas kerana ini dipihak lelaki.adiknya bob pun baru jumpa dari sekian lama tak nampak batang hidung.da kurus da dia.hensem lagi sambil memegang camera dslr.wahhh...bersama-sama gf die rupanya.manis kecil molek dilengkapi dengan tudung yang sungguh anggun.secocok mmg dorang berdua ni.Walaupun kami taklah seakrab mana, tapi boy ni ada jugak memperkenalkan isterinya kepada kami jiran2 nya.huhuhu~~!!

Ahad aku tak kemana.Disebelah pagi cuma menonton tv.sume cerita mawi & ekin.Perkahwinan terhebat sepanjang tahun 2008.i think so.sbb mendapat liputan luas dari media2.tapi persandingannya di felda taib andak aku mmg tak berapa tgk sangat sbb aku tgk cerita transformer.cerita tu lagi best aku rase dari tgk org kawin..hihi~~!!lepas abes cerita transformer, ban driver ajak aku pergi giant tuk beli barang dapur.kitorg gerak pun da dlm pkul 6.30pm.lepas penat bershopping, kitorg trus balik dalam pkul 9.00pm.

Isnin......bang driver keje ari ni.tak tahu kenapa comp die tak amik cuti plk.pagi2 tadi bang driver da anta aku ke rumah ibunda.pagi tadi ujan lebat.rase malas btol nak bgun.tapi memandangkan nanti klu ditinggalkan aku diruymah, mesti aku kebosanan.so aku pun terpaksa la membangunkan diriku utk ikut bang driver.Sampai rumah ibunda, suma blom bangun.Almaklumnlah, baru pkul 8.30am.mungkin masih lena diulik mimpi2 indah dipagi yang sejuk lagi nyaman.aku rase macam nak sambung tido jerk.tapi...arhhh....malas plk.Ari ni aku rase tak kemana.mungkin dirumah ibunda sahaja.ptg nanti baru bang driver amik.

ESok mesti kembali ke alam pekerjaan.Setelah sedap cuti panjang.huh....tarik nafas panjang aku....hidup mesti diteruskan......

No comments: