new baby

Friday, December 19, 2008

Tujuanku..

Aku suka baca blog org.semua enti menarik.Begitu kagum aku dgn kretiviti mereka menulis.Pelbagai topik yang dipaparkan.Peribadi,keluarga,Anon,kekasih,rumahtangga,gosip,politik...macam2.Ada jer idea mereka-mereka ini menulis.Kagum sekali.Tapi tak tahu kenapa aku plak susah nak bercerita sedangkan banyak yang aku nak ketengahkan.Kadang-kadang aku cemburu dan irihati dengan hasil tulisan mereka.kenapa aku tak pandai menulis macam mereka-mereka.Aku tak pandai susun-susun ayat2 yang puitis,bebas berkata-kata.Sedangkan aku suka cakap sorang2.Bagaikan orang gila yang menagih tempat untuk mengadu.Bila ada tempat untuk luahan, aku jadi kelu.Setiap perkataan terhenti di disetiap perenggan.Kadangkala aku terpaksa padam semula semua tulisan2ku kerana takut..

Adakah aku takut sebenarnya.Tiada keberanian seperti mereka-mereka yang bebas meluahkan, mengutarakan,menguarakan isihati mereka.Mungkin..Mungkin jugak.Takut pada diri sendiri.

hahahah~~

aku lantang berkata-kata dihadapan orang-rang yang yang aku rasa salah.(bagi pendangan aku sendiri) tapi takut meluahkan di ruang di alam maya ini.Pelik.Kelantangan hanya luaran, tapi dalaman aku hanya seorang pengecut, penakut.Takut dengan bayang-bayang sendiri.Takut akan dipersendakan.Takut diejek.Takut dihina...Arrggghh...Aku harus berani.Aku harus berani mencuba.Biarlah apa mereka mahu kata.Biarlah apa mereka mahu fikirkan.Bukan mudah sebenarnya.Aku tak setabah ,sekuat mereka-mereka agaknya.

Setiap penulisan mereka ada hasilnya.Ada peminatnya.Ada pemujanya.Ada yang sudi menyinggah.Ada yang sudi membaca.Tapi itulah yang aku cari? Tidak.Aku tidak perlukan semua itu.Ada tak yang membaca itu tidak penting.Yang penting diri itu sendiri.Aku bukan pinta untuk menjadi masyur di Alam maya ini.Itu tidak penting sama sekali dalam hasil penulisan yang aku reka.Yang aku cipta.Tapi aku hanya perlukan satu ruang untuk aku meluahkan pendapat,berkongsi sukaduka yang dimana kadangkala aku perlukan seseorang untuk dikongsi bersama.Seseorang yang aku tidak kenali dan aku tidak mengenali supaya aku senang bercerita tanpa perlu memperlihatkan raut wajah aku ketika aku meluahkan segalanya.Aneh bukan.Aku pernah terbaca satu entri sebuah blog.."Alam maya ini hanya sebuah taman permainan dimana pelbagai kanak2 bermain.Tidak perlu bercerita segala2 mengenai kehidupan kepada mereka-mereka yang sudi menyinggah di blog mereka yan dimana tidak tau asal usul sebenarnya.Menagih simpati mungkin atau meminta pendapat dari mereka-mereka ini"...

aku rase ade benarnya.Tapi aku akan jadikan taman permainan ini tempat penyinggahan sementara untuk aku memebicarakan apa yang perlu.Mungkin mereka ada permainan mereka sendiri ditaman ini, tapi aku hanya akan menyuarakan apa yang perlu aku suarakan walau tiada rakan-rakan sepermainan disekeliling.Biar mereka berkata aku gila.Bercakap sorang-sorang di taman ini.Meraunglah , laungkan lah, ,teriaklah sekuat mana.Mereka tidak mengenali kamu.Mungkin.Penilaian akan dibuat.Itu mmg pasti.Setiap penulisan akan dinilai.Samada kamu begini, kamu begitu,kamu itu, kamu ini tapi yang pasti diri aku yang sebenar-benarnya, hanya aku yang tahu.Aku tidak mahu pedulikan apa mereka mahu tafsirkan.Aku sedia.InsyaALLAH...

No comments: