new baby

Saturday, December 20, 2008

Setelah berminggu-minggu aku da tak bukak ym, terbukak plak ati aku nak bukak ym.Ingin sekali aku nak bertanya khabar rakan-rakan yang dah lama tak berbual mesra.Bukan sengaja aku tak nak bkk tapi masalah pc office aku yang biol..

ohhwww..damn..


mmg btol-btol biol.Mungkin da dijangkiti hidden virus tanpa disedari walau pc aku sememangnya tersedia anti-virus.Rase nak dicampak aja pc aku ni tapi memandangkan hakmilik terpelihara oleh majikan, aku singkirkan niat murni aku tu.murni ker?hiihi~~. Dah diusulkan untuk ditukar yang baru tapi malangnya, usulku harus ditunda kerana ekonomi yang tak baik sekarang.Terpaksa la berdepan masalah ni sementara waktu.


Setelah beberapa minit menunggu BUZZ dari rakan-rakan yahoo, ramai juga yang menyapa bertanya khabar.Yang tak kenal pun ada jugak.ishhhkk...geram.Da berapa lama kat dalam list tapi masih tak tahu siapa gerangannya?aku tak salahkan jugak.Mungkin da terlalu lama disimpanan list sehingga telupa. Aku pun ada juga yang telupa..hihihi~~~


Seorang kenalan lama menyapa.rakan yang dulunya terlalu akrab berbicara soal duniawi.Wahh..sungguh teruja.Sudah agak lama menghilangkan diri rupanya aku..ehh..aku ker?Dia sebenarnya.Sejak berkahwin, jarang sekali membuka ym.Mungkin kerana status barunya menghalang dari berpoya-poya di Alam maya lagi.Terlalu sibuk menguruskan alam rumahtangga.Melayari kehidupan baru sebagai seoran isteri.Tahu2 dier kini sudah dianugerah Illahi bayi yang comel.Sudah semestinya comel.Ibunya berwajah manis, putih gebu tambahan lagi dicampurkan dengan baka seorang bapa yan kacak, tidak hairanlah jika bayi juga akan secomel pasangan bahagia itu.Dia masih dalam pantang.Selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 3.85kg.wah...Sungguh sihat.Anak-anak aku pun paling kurang tidak lebih 3.5kg.hihi~~~Selamat melahirkan pada 19 NOV 2008.Aku tumpang gembira dengan kelahiran putera barunya itu.Dia ada mentioned nama puteranya tapi memandangkan nama-nama anak zaman sekarang memamg panjang-panjang belaka ditambah pula dengan aku yang mudah pelupa, jadi aku da tak ingat nama anaknya.Tapi yang pasti nama nya sungguh cantik.

Bayi comel.Kenapa aku sekarang begitu sensitif kepada bayi.Mungkin sudah bersedia untuk menambah seorang lagi permata hati.Memandangkan Hiqmal juga sudah menjangkau 6 tahun.Aku rase sudah tiba masanya untuk Hiqmal & Herllysa mendapat adik baru.Tapi bila ditanya kepada supplier, katanya masa belum tiba.Terlalu banyak tangungan yang perlu dipikul.Yang belum diselesaikan.Tapi aku percaya pada rezki,Tapi tak tahu kenapa tidak pada dia.Si supplier aka bang driver.Aku berserah.Jika kiranya tuhan kurniakan orang baru hadir dalam keluarga kami, aku bersyukur.Tapi klu tak ada pun tidak mengapa.Aku setia menunggu.

Kepada Lin, aku ucapkan tahniah kepada kamu.Moga-moga kamu bertambah bahagia dengan kedatangan orang baru dikeluarga yang semestinya sudah bahagia dari awal perkenalan.Amin...

No comments: